Categories: Trending

Nama Hangat Dek Percikan Kontroversi, Dai’ Syed Ambil Kesempatan?

Nama pendakwah selebriti, Dai’ Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, hangat dek percikan kontroversi.

Biarpun melibatkan isu negatif, sedikit sebanyak perkara terbabit menaikkan serta mempopularkan nama Syed.

Selepas melancarkan single Ya Habib pada awal Mac, kini Syed muncul pula dengan produk terbaru iaitu biskut sendiri yang diberi nama Asyedap.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Idea Cipta Lagu Baru Dalam Lokap, Da’i Syed Tak Takut Kena Boikot

Adakah Syed mengambil kesempatan menjual produk tatkala namanya menjadi sebutan?

“Bagi saya sendiri, sebenarnya tak ada istilah ambil kesempatan pun. Jika mereka mengenali saya, semenjak tahun 2017 lagi, saya sudah menjual biskut. Perniagaan ini diusahakan oleh ibu dan keluarga.

“Kini, saya membesarkan lagi bisnes ini dan menjual biskut karamel masin Asyedap. Saya memilih nama Asyedap kerana ada nama Syed dalam perkataan terbabit.

“Bagi saya, tak salah kita berkongsi rezeki. Bila saya buat bisnes, saya dapat membantu orang lain contohnya kaum ibu dan suri rumah yang mahu jana pendapatan sampingan,” katanya.

Syed ditemui di majlis pelancaran biskut caramel masin Asyedap di Bangi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syed juga menafikan dakwaan dirinya terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

“Dia bukan pengawal peribadi. Saya memanggilnya Abang Mad dan dia merupakan pembantu peribadi saya.

“Abang Mad sering membantu saya dan dia akan membawa kenderaan jika saya ada jemputan acara, lebih-lebih lagi yang lokasinya jauh. Setakat nak pergi ke kedai tu, Abang Mad tak ikut…

“Saya sendiri tak pernah terima ugutan yang membahayakan sampai mengancam keselamatan. Jadi, tak perlu rasanya nak mengupah ‘bodyguard’ untuk menjaga saya.

“Namun, saya mengaku, Abang Mad mula bertugas sebagai pembantu peribadi saya selepas segala kontroversi yang berlaku,” katanya lagi.

Padin