Categories: Trending

“Semua Okay…” Pengurus Majlis Perkahwinan & Pembantu Peribadi Neelofa Hadir Beri Keterangan

Selepas dilaporkan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan pengacara dan usahawan popular, Neelofa pada Sabtu lalu, pengurus majlis perkahwinan terkenal, Rekateemor iaitu Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Manakala, pembantu peribadi Neelofa, Nadia Khairuddin turut kelihatan bersama peguam yang mewakili pihak pengantin itu.

 

sumber : Awani

 

Faiz yang ditemui media pada pekarangan IPD berkata, proses memberi keterangan itu berlangsung dengan baik.

“Semua okey,” jelasnya.

 

Sumber : instagram @rekateemor

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan akan memanggil penganjur serta pihak hotel dalam majlis pernikahan selebriti tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Gagal Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN : Selamat Bernikah, Neelofa Sah Isteri PU Riz

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin