Categories: Trending

“Saya Takkan Berhenti Menyanyi” – Kenal Siapa Kawan & Lawan, Nabila Razali Mengaku Sedih Dikritik Rakan Selebriti

Penyanyi Nabila Razali mengakui sedih apabila dikritik oleh rakan artis rentetan peristiwa terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Menurut Nabila, insiden terbabit banyak mengajar dirinya untuk memperbaiki diri dan mengenali orang sekeliling.

“Saya dah buat latihan sebaiknya untuk mempersiapkan diri ke pentas AJL35. Sebagai insan biasa, saya sendiri tak boleh kawal apa yang bakal jadi.

“Selepas ini, saya akan sentiasa terus memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Namun, insiden ini juga membuatkan saya mengenali siapa kawan, siapa lawan.

“Saya akui sedih dengan sikap orang yang sama-sama mencari rezeki dengan saya yang turut berkata buruk, sedangkan kita sama-sama berkongsi rezeki dari periuk nasi yang sama.

“Namun begitu, ia tidak melemahkan saya. Apa yang penting, saya akan terus memajukan diri dan tak akan berhenti menyanyi. Saya memang minat menyanyi, saya kena bangkit untuk belajar menjadi yang lebih baik kerana hidup perlu diteruskan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Yang Berlaku, Saya Tak Perlu…” – Persembahan Peluang Kedua AJL35 Dapat Kritikan & Trending Di Twitter, Ini Respons Nabila Razali

Nabila ditemui di majlis pelancaran produk kek lapis premium Bigmouth x Nabila Razali baru-baru ini.

Menjinakkan diri dalam bidang perniagaan, Nabila berkolaborasi dengan jenama ini untuk mengeluarkan empat perisa kek lapis Sarawak premium.

Menariknya, empat perisa terbabit dinamakan sempena judul lagu Nabila iaitu Vroommm! (Cadbury), Second Chance (Masam Manis), Jealous (Pandan Cheese) dan Cumi Cumi (Blueberry).

“Saya mula belajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan kolaborasi dengan jenama Bigmouth ini merupakan antara percubaan awal saya.

“Insya-Allah, banyak lagi perkara yang saya rancang untuk lakukan dan saya berharap mendapat sokongan orang ramai,” katanya lagi.

Kredit foto: BudakTadika

Padin