Categories: FeaturedTrending

“Nampak Baik Tapi Hati Busuk” – Ganggu Emosi, Netizen Geram Dengan Ruhila Dalam Tadir Yang Tertulis

Drama Takdir Yang Tertulis yang bakal menemui episod akhir pada hari Selasa terus menggangu emosi para penonton.

Mana tidaknya, watak Ruhila lakonan Elvina Mohamad benar benar membuatkan ramai yang tidak senang duduk.

Watak Ruhila yang dilabelkan sebagai “perampas” kerana merampas suami sahabat sendiri dan mempermainkan perasaan dua orang lelaki sememangnya membuatkan ramai yang beremosi dan terkesan.

Menjengah di laman Twitter, rata rata penonton meluahkan emosi dengan watak tersebut.

Malah, ramai yang tidak sabar lagi untuk mengetahui kesudahan episod cinta empat segi antara Azlan, Juweta, Ruhila dan Ean.

Korang jangan lupa saksikan Drama Takdir Yang Tertulis episod akhir pada hari Selasa, esok jam 9 malam hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”