Categories: Trending

Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) Sejenis Kanser Hidung Paling Lazim Dihidapi Kaum Cina Malaysia

Tahukah anda bahawa Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) sejenis kanser hidung yang paling lazim dihidapi dalam kalangan kaum Cina Malaysia?

Menurut Perunding Telinga Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher Hospital Pantai Ipoh, Dr Rekha Balachandran, kaum Cina adalah yang paling lazim hidapi NPC, diikuti Melayu dan India. Selain itu, kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC ini.

“Keturunan, gaya hidup dan jangkitan virus Epstein-Barr (EBV) adalah faktor yang menyebabkan kanser. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai anggota keluarga rapat yang menghidap NPC juga akan meningkatkan lagi risiko menghidap penyakit itu.

“Pengambilan makanan yang diawet seperti sayur-sayuran berjeruk dan ikan kering turut menyumbang kepada masalah ini,” katanya kepada Bernama.

Foto: The Malaysian Medical Gazette

Untuk pengetahuan anda, kanser NPC ini bermula di nasofarinks iaitu bahagian atas tekak di belakang hidung dan berhampiran pangkal tengkorak. Antara simpton awal kanser jenis ini adalah:

  • Bengkak di bahagian leher yang tidak menyakitkan. (Sila rujuk doktor sekiranya benjolan lebih dari 3 minggu)
  • Berlaku pendarahan di bahagian hidung. Apabila anda menghembuskan hidung secara berterusan, darah mula keluar.
  • Hidung kerap tersumbat.
  • Kurang pendengaran terutamanya sebelah telinga sahaja.

Menurut Dr. Rekha lagi, NPC adalah kanser yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal. Tapi, penghidap NPC biasanya sukar untuk didiagnosis lebih awal kerana simptomnya agak lemah kerana tidak menyakitkan.

Sekiranya, individu menghidap NPC ini, peringkat 1 dan 2 kadar survivalnya adalah 80 hingga 85 peratus. Beberapa pesakit NPC mampu bertahan lebih dari 5 tahun, 10 dan 20 tahun selagi penyakit ini dapat dikesan sebelum tumor merebak dan membesar.

Kepada anda, dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan atau menghapuskan beberapa jenis makanan yang boleh menurunkan risiko NPC ini. Amalkan diet yang seimbang, makan lebih banyak sayur-sayuran segar, buah-buahan serta elakkan makanan yang diawet.

Berikutan dengan penyakit ini, baru-baru ini, pemain badminton nombor 1 negara Datuk Lee Chong Wei telah didiagnosis dengan kanser hidung peringkat awal. Berita ini memang mengejutkan negara kita. 

Foto: Sinar FM

Chong Wei kini berada di Taiwan untuk menjalani rawatan sambil berehat dan memulihkan diri yang ditemani oleh anggota keluarga dan rakan rapatnya. Hijab & Heels mendoakan agar Chong Wei cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa!

Sama-samalah kita menjaga kesihatan dan amalkan pemakanan yang sihat!

Sumber: Astro Awani

tex_admin