Categories: Trending

Netizen Malaysia Tegur Seluar Ketat Sampai Nampak Pakaian Dalam… Warganet Indonesia Pula ‘Back Up’ Baby Shima

Penyanyi yang sering menerima kecaman, Baby Shima sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan berpakaian mencolok mata ketika berada di sebuah studio di Jakarta.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, kelihatan Shima disambut baik oleh seorang individu yang dipercayai ‘orang kuat’ syarikat rakaman yang dinaunginya.

Penampilan penyanyi dangdut yang mengenakan t-shirt putih dan berseluar seperti legging warna krim yang sangat tipis sehingga menampakkan pakaian dalam.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya agar tampil dengan pemakaian yang lebih longgar selain menyokong kerjayanya.

Selain itu, peminat Shima daripada Indonesia turut membela dirinya daripada dikecam rakyat Malaysia.

“Kak Shima tolong la pakaian akak Shima tu jangan pakai ketat sangat, bukan marah, nasihat.

“Minta maaf kak Shima, ketat sangat tu. Lepas ni pakai yang lebih longgar okay kak. Always support,” komen netizen.

“Bingung melihat orang Malaysia, artisnya sendiri dicaci, apa salah dengan pakaian Baby Shima? Jangan munafiklah, cuba tengok juga orang Malaysia yang bercuti ke Phuket, Thailand. Tempat perempuan-perempuan bogel,” komen peminat Indonesia.

Maya Basir