“Cinta Kami Masih Utuh!” – Azri Iskandar, Azra Diera Kahwin Cuti Sekolah Hujung Tahun

Pelakon Azri Iskandar yang dikatakan sudah bertunang dengan Azra Diera masih menjadi tanda tanya biarpun sudah memaklumkan bakal berkahwin.

Menerusi laporan Gempak, Azri menegaskan cinta mereka tetap utuh dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini.

“Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters.

“Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.

“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan.

“Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada bakal isteri Azri pernah dimasukkan ke hospital disebabkan hubungan cinta mereka yang mencetuskan pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen.

“Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya… nak kahwin pun kena kecam,” ujarnya.

Sumber: Gempak

Maya Basir