Categories: TrendingTV9

Netizen Salah Tempat Mengadu, Admin TV9 Respons Rintihan Mereka

Sebuah portal berita melaporkan bahawa saluran perniagaan atas talian yang dikenali sebagai Go Shop akan henti beroperasi pada 11 Oktober ini atas faktor penjajaran semula.

Malah, berita tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet namun rata-rata daripada mereka meminta untuk kembalikan semula rancangan kartun kegemaran ramai.

Namun begitu, warganet tersalah mengadu apabila mereka meninggalkan rintihan tersebut dengan memetik saluran TV9.

“Kembalikan kartun TV9!! Wonderpets, Danny Phantom, Chalkzone, El Tigre, Hey Arnold, Catdog, Blues Clues, SpongeBob, Upin Ipin,” tulis seorang warganet

Bagi menyelesaikan kekeliruan ini, admin TV9 tampil membalas komen warganet tersebut dengan memaklumkan TV9 sentiasa menyajikan kartun menarik.

“Hi. Assalamualaikum. Admin tumpang lalu… TV9 sentiasa menyediakan pelbagai kartun menarik untuk adik-adik semua.

“Kita ada Mashimaro setiap Isnin & Selasa pukul 5 petang, kita ada Transformers Earthspark setiap Isnin pukul 6 Petang, kalau Rabu hingga Jumaat pukul 6 petang kita ada Boboiboy tau.

“Hujung minggu tak ceria la kalau takde kartun so straight dari pukul 5 sampai 6 petang kami sediakan Bima S, Cicakman & Dino Trainers.

“Eh!! Banyak lagi la kartun yang ada kat TV9 so teruskan menonton TV9 tau sebab yang penting #JanjiHappy,” balas Admin TV9.

Atiqah Johari