Categories: OMG

“Awak Nak Makan Laksa?” – Juadah Malaysia Ini Jadi Sebutan Dalam Komik Baru X-Men!

Laksa sememangnya terkenal sebagai salah satu juadah yang paling lazat di Malaysia. Bayangkan mi berwarna putih yang dimakan bersama kuah yang diperbuat daripada ikan. Kena pula bersama salad,bawang, timun, nenas dan cili padi. Kecur liur tau!
 
Tidak hairanlah apabila juadah ini sudah beberapa kali tersenarai dalam menu makanan paling enak di dunia.
 
Kelazatan dan populariti makanan Malaysia ini tidak hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Untuk pengetahuan korang, laksa juga telah disebut di dalam sebuah komik popular keluaran Marvel tau.

Komik francais X-Men iaitu New Mutants isu ke-10 telah berjaya mempopularkan kembali laksa ke seluruh dunia.

Menerusi komik itu, kelihatan watak Glob sedang memasak laksa sambil diperhatikan seorang lagi watak dikenali sebagai Magik.

Babak tersebut kemudian menjadi tulardan sedang hangat diperkatakan di warganet ketika ini.

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama laksa muncul dalam siri komik X-Men.
 
Sebelum ini dalam siri #1 Hunt For Wolverine: Mystery In Madripoor, watak popular Magneto sendiri adalah antara peminat laksa.
 

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover