Categories: Trending

Jejak Kasih Antara Ketua Polis PJ Dan Aunty Ah Siong Undang Sebak!

Ibarat kata pepatah ” Orang berbudi, kita berbahasa”

Tindakan Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bertemu dengan Aunty Ah Siong merupakan antara momen yang paling manis buat dirinya setelah terpisah hampir 30 tahun.

Menurut Nik Ezanee, beliau mengambil keputusan untuk bertemu Aunty Ah Siong selepas berbual bersama ayahnya.

Sumber : Facebook

” Aunty Ah Siong, masa kecil-kecil dulu dia selalu belikan saya pau. Memandangkan orang tua saya kerja di kawasan ini dan dia juga bekerja sekali.

“Jadi sekarang ini, saya sudah boleh beli pau sendiri, saya hantarlah semula kat dia”

Sumber : Facebook

Bercerita mengenai detik mengenali Aunty Ah Siong, beliau sudah mengenali wanita itu sejak berumur 6 tahun lagi. Dan kali terakhir beliau berjumpa Aunty Ah Siong adalah ketika berumur 10 tahun.

Nik Ezanee begitu terharu bila…

Menurutnya lagi, walaupun hampir 30 tahun tidak berjumpa, namun beliau sama sekali tidak menyangka, Aunty Ah Siong tetap mengikuti perkembangan beliau dari kecil sehingga bergelar seorang polis pada hari ini.

Sumber : www.xtra.com.my

” Dia terkejut bila berjumpa dengan saya, tak terkata. Tapi saya juga terkejut bila Aunty Ah Siong menyimpan keratan akhbar mengenai berita-berita tentang kerja-kerja saya

” Saya sendiri masih ingat sehingga kini, Aunty Ah Siong sentiasa mahu saya belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berjaya” Katanya menerusi video berdurasi 11 minit “ Jelasnya.

Diharap dengan tindakan dan sikap prihatin yang ditunjukkan beliau ini sedikit sebanyak dapat membuka mata ramai pihak bahawa, jangan sesekali menjadikan perbezaan budaya, agama dan bangsa itu sebagai batu penghalang untuk kita sama-sama menyemai sifat tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Salma Syahbuddin