Categories: OMG

Mat Saleh Dari Netherlands Ini Nyanyi Lagu Raya Dalam Bahasa Malaysia!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal meraikan Aidilfitri selepas sebulan menjalani ibadah puasa. Walaupun Syawal tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum, ini bukan penghalang untuk kita meraikannya. Walau macam mana sekalipun, raya tetap on okay!

Bila menjelang hari raya, tidak sah jika halwa telinga kita tidak disajikan dengan seleksi lagu raya di corong-corong radio. Kebiasannya, kita akan ‘layan’ lagu-lagu raya dendangan penyanyi tempatan.

Namun kali ini berbeza sedikit apabila ada percubaan daripada pemuda yang berasal daripada Netherlands menyanyikan lagu raya.

Korang jangan terkejut, pemuda yang dikenali dengan nama Jalil River ini mampu menyanyikan lagu raya dalam Bahasa Melayu tau!

Lagu yang berjudul Menjelang Hari Raya Mulia ini dinyanyikan oleh Jalil bersama penyanyi baru, Airinna Namara dan lagu ini dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Fasih betul Jalil menyanyi menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.

Sekadar info, Jalil atau nama sebenarnya Chris der Kinderen merupakan pemuda yang berasal daripada Belanda.

Pemuda berusia 36 tahun ini mula berkelana di negara Malaysia atas urusan kerja pada tahun 2017. Kini, Jalil sudah menetap di Malaysia dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan wanita tempatan.

Jom kita layan lagu raya baru dendangan Jalil River dan Airinna Namara di bawah ini!


 

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover