Categories: Trending

Pasar Malam Pertama Mula Beroperasi Jumaat Ini

Dah lama rasanya kita tak merasai suasana pasar malam kan?

Buat korang yang berada di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, korang boleh mengunjungi pasar malam di kedua-dua kawasan ini yang akan mula beroperasi pada hari Jumaat ini.

Pasar malam pertama dibenarkan beroperasi

Pasar malam itu merupakan pertama yang dibenarkan beroperasi di Terengganu selepas lebih tiga bulan dihentikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac lalu.

Bagaimanapun, peniaga dan pengunjung diminta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Fadli Yusoff berkata, pasar malam peringkat percubaan itu akan beroperasi mulai 3 hingga 7 petang.

“Hanya satu laluan masuk di sediakan kepada pengunjung untuk membeli belah di pasar malam berkenaan dan kedudukan gerai jualan akan dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter seperti ditetapkan oleh KKM.

Tidak benarkan kanak-kanak dan warga emas

Selain itu, pematuhan SOP juga tidak membenarkan kanak-kanak dan warga emas untuk pergi ke pasar malam tersebut. Lokasi gerai yang dibina juga mementingkan penjarakan sosial antara satu gerai dan gerai yang lain.

Walaupun ada penjarakan sosial tapi korang jangan lupa untuk jaga kebersihan dan patuhi SOP bila berada di tempat awam tau!

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”