Categories: Trending Hari Ini

Kerajaan Umum Status Jemaah Haji Malaysia Minggu Hadapan – Dr. Zulkifli

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri memberitahu di laman Twitter bahawa kerajaan bakal mengumumkan status jemaah haji Malaysia minggu hadapan.

Hasil mesyuarat bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia, akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimanapun, Malaysia akan menunggu pengumuman Kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu, sama ada umat Islam dibenarkan untuk menunaikan haji tahun ini atau sebaliknya.

Apa-apa pun, harapnya keputusan yang dicapai akan mengambil faktor semua perkara dan memberi kebaikan kepada semua.

Untuk perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin TV3!

Sumber: Twitter Dr. Zulkifly

Baca Juga: [TERKINI] Boleh Solat Jumaat Dengan Bilangan 40 Jemaah Di Kelantan

Syafiqa Irdina