Categories: Trending

Pelakon Siri Full House Berdepan Hukuman Penjara 40 Tahun

Pelakon yang dikenali menerusi siri drama televisyen popular sekitar tahun 1987 sehingga tahun 1995, Full House iaitu Lori Loughlin dikenakan tuduhan susualan skandal rasuah kemasukan kolej dan berkemungkinan dikenakan hukuman penjara.

Menurut Ketua Pendakwaraya Persekutuan, Andrew Lelling, Lori bagaimanapun berdepan dakwaan bersubahat melakukan pengubahan wang haram selain melakukan penipuan kewangan menggunakan teknologi maklumat. 

Sumber : Google

Tuduhan kedua membawa hukuman penjara 20 tahun menjadikan tempoh hukuman yang dihadapi beliau adalah 40 tahun.

Selain Lori, bintang Desperate Housewives iaitu, Felicity Huffman juga antara yang didakwa dalam kes itu. Namun, Loughlin memilih untuk mengaku tidak bersalah kerana itu adalah langkah yang selalunya digunakan untuk mengurangkan hukuman dan mengelakkan perbicaraan. 

Sumber : Google

Bagi kes Huffman, pejabat pendakwaraya mencadangkan hukuman yang paling ringan adalah penjara minimun selama empat bulan sahaja. 

Huffman juga sempat mengaku bersalah membayar suapan bernilai AS$15,000 (RM61,000) untuk membantu anak perempuannya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan memasuki kolej SAT. Manakala Loughlin, dan suaminya pula dikenakan bayaran AS$500,000 (RM2.04 juta) agar dua anak perempuannya berjaya memasuki Universiti Southern California.

Salma Syahbuddin