Categories: Sihat

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Ibu yang sedang hamil seringkali berhadapan dengan pelbagai risiko yang boleh mengancam keselamatan kandungannya.

Ini termasuklah risiko keguguran ketika mengembara menggunakan pesawat.

Menurut Paige Long Sharps, MD, pakar sakit puan dari Pusat Perubatan Montefiore di New York, wanita yang hamil boleh menaiki pesawat setelah kandungan mencapai usia 30 minggu, namun anda harus mula berehat pada usia kandungan 36 minggu. Ini kerana, anda harus berhati-hati jika proses kelahiran akan berlaku dalam waktu terdekat.  

Foto: TravelPulse

Jika anda terpaksa menaiki penerbangan ketika tempoh bersalin semakin hampir, anda harus menyemak polisi syarikat tersebut. Ini kerana, anda mungkin  memerlukan surat kebenaran daripada doktor.

Bagi menjamin keselesaan jika anda harus menaiki penerbangan sewaktu hamil, lakukan beberapa perkara ini.

Tempah tiket penerbangan lebih awal

Anda sebenarnya harus menempah tiket penerbangan dengan lebih awal supaya boleh mendapatkan tempat yang terbaik misalnya berdekatan dengan tandas.

Selain itu, aliran udara di bahagian hadapan pesawat adalah lebih baik dan terdapat ruang yang luas untuk anda melunjurkan kaki.

Foto: gettyimages.com

Bawa bekalan perubatan

Apabila di udara, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kesakitan disebabkan kehamilan.

Anda boleh membawa bekalan ubat yang dipreskripsi oleh doktor seperti Tylenol dan Maalox.

Mengenakan pakaian yang selesa

Anda disarankan untuk memakai pakaian yang longgar dan memeri supaya senang bagi anda untuk bernafas dengan selesa.

Foto: Healthline

Minum banyak air dan banyak bergerak

Dengan meminum banyak air, anda akan membekalkan lebih banyak oksigen kepada otak dan seterusnya dapat mengekalkan kesihatan tubuh dan bayi anda.

Selain itu, lakukan sedikit regangan semasa dalam penerbangan bagi mengelakkan sakit badan.

Bagaimana? Cuba panduan ini dan lihat hasilnya.

tex_admin