Categories: Trending

Pelaksanaan Cukai Baharu Tidak Sesuai Buat Masa Ini – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelaksanaan cukai baharu termasuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilihat kurang sesuai buat masa ini dan tumpuan kerajaan kini adalah untuk memulihkan ekonomi.

Menurutnya, memulihkan semula ekonomi negara adalah penting ketika ini. Justeru itu, pengenalan cukai baharu hanya akan menjejaskan usaha pihak kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST dan cukai baharu untuk meningkatkan hasil kerajaan selepas beberapa tahun ngara berada pada krisis pandemik COVID-19.

“Kami (Kementerian Kewangan) telah membentuk jawatankuasa untuk meninjau cara meningkatkan hasil dan meninjau langkah untuk mengurangkan ketirisan hasil,” katanya.

Cukai korporat tidak akan dikurangkan

Tengku Zafrul memaklumkan, buat masa ini kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan cukai korporat.

Kerana, yang penting  pada waktu ini adalah, memperluaskan asas cukai sebelum boleh mengurangkan cukai korporat.

Tambahnya, setakat ini cukai korporat di Malaysia ialah pada 24 peratus dan ia adalah antara kadar yang tertinggi di ASEAN berbanding Singapura yang mempunyai kadar terendah pada 17 peratus.

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin