Kelonggaran Rentas Negeri Dalam Tempoh Terdekat – KJ

Kerajaan kini dalam misi mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan meminta agar rakyat bersabar dan memberi sedikit masa lagi.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan. jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit.

Menurutnya, kelonggaran itu mungkin akan dilaksanakan pada akhir September ini apabila semua negeri berada pada nilai ambang 60 peratus populasi dewasa sudah lengkap vaksinasi.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin