Categories: Trending

Pelawak Teringin Jadi Model, Gamatkan Pentas Peragaan Chanel!

Minggu Fesyen Paris baru-baru ini gamat apabila para netizen berkongsi video seorang pelawak berbangsa Perancis bernama Marie Benoliel yang secara tiba-tiba memanjat dan menceroboh masuk pentas peragaan Chanel SS 20 sebelum menyertai pertunjukan fesyen itu dan berlagak persis seorang model!

Ia tidak diketahui bagaimana pelawak ini membolosi penjaga keselamatan di lokasi tersebut, tetapi kerana dia memakai pakaian ala Chanel, mereka menghadapi kesukaran untuk membezakan Marie dengan model-model lain.

Walau bagaimanapun, supermodel terkenal dunia, Gigi Hadid, tidak merasakan perbuatannya itu lucu lalu telah mengambil inisiatif untuk bersemuka dengan pelawak itu sebelum mengiringi Marie keluar dari pentas. 

Dilaporkan, pelawak ini juga telah berbuat perkara yang sama sewaktu pertunjukan peragaan pakaian dalam berjenama Etam dari Perancis pada minggu fesyen yang sama.

Marie memakai pakaian dalam berwarna metalik dan ‘sleep mask’ (topeng penutup mata) di atas kepalanya dilihat berlari ke atas pentas sebelum menyertai model lain untuk persembahan penutup peragaan tersebut. 

Del14