Categories: Trending

Pendaftaran Vaksin Covid-19 Bakal Dibuka Untuk Rakyat Tidak Lama Lagi

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan pemberian vaksin itu bagi membentuk imunisasi berkelompok dalam negara.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Adham berkata, terdapat empat matlamat imunisasi Covid-19, iaitu untuk melindungi barisan hadapan, mengurangkan kematian, membentuk imuniti berkelompok dan memutuskan rantaian jangkitan.

Dr Adham Baba menunjukkan dokumen perjanjian pembuatan dan pembekalan vaksin Pfizer COVID-19 yang ditandatanganinya bersama Pengurus Negara Pfizer Malaysia dan Brunei, Luksanawan Thangpaibool (skrin) melalui sidang video di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dibuat melalui 3 fasa

Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksinasi Covid-19 akan dibuat melalui tiga fasa yang akan dibuka tidak lama lagi. Antaranya;

  1. Fasa 1 – Barisan Hadapan
  2. Fasa 2 – Kumpulan Berisiko (Penyakit Kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
  3. Fasa 3 – Orang awam berumur 18 tahun ke atas

Sehingga 13 Januari, kira-kira 32 juta orang di seluruh dunia sudah disuntik vaksin Covid-19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia. Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, rakyat masih perlu mematuhi operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kerajaan mensasarkan 70 peratus atau 23 juta rakyat Malaysia akan diberikan vaksin.

Sumber : Facebook KKM

Salma Syahbuddin