Categories: Trending

“Kesiannya.. Strong Boy” – Emma Maembong & Suami Positif Covid-19, Netizen Sedih Tengok Baby Kena Swab Test

Setelah beberapa rakan artis disahkan positif Covid-19, kini pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar menerima nasib yang sama.

Menerusi sebuah hantaran Instagram, Emma dilihat berkongsi video dirinya melakukan ujian swab di rumahnya.

Menurut Emma lagi , dia sama sekali tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.

“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif. Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,” ujarnya.

“Kesiannya..bayi lagi dah kena swab test”

Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa sedih selepas melihat video bayi Emma, Shariq Gabriel menjalani ujian calitan yang dikongsi di laman Instagram.

Walaubagaimanapun, Shariq negatif ujian terbabit.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”