Categories: Trending

Perlu Surat Kebenaran Polis Jika Mahu Ke Langkawi

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Ahmad Shukri Mat Akhir memaklumkan, semua penumpang feri terutama dari luar negeri ini yang hendak memasuki Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah perlu memiliki surat kebenaran polis.

Ini kerana, tindakan tegas perlu diambil untuk membendung penularan Covid-19 ke pulau lagenda itu.

Selain itu, perjalanan feri hanya dibenarkan melalui Kuala Kedah sahaja manakala laluan dari Kuala Perlis ditutup bagi mengelak pergerakan rentas negeri berlaku.

Tindakan tegas akan diambil

Manakala, semua penumpang haruslah mematuhi operasi standard (SOP) seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Bagi semua penumpang dari luar Kedah yang tidak mempunyai surat kebenaran, mereka tidak dibenarkan menaiki feri dan tindakan tegas akan diambil serta merta.

Tambahnya lagi, pergerakan di terminal feri ke Langkawi sudah dikurangkan kepada satu perjalanan sehari namun setiap pergerakan memerlukan surat kebenaran kerana kebanyakan pengunjung ke sana terdiri dari luar pengunjung luar negeri Kedah.

Dan untuk makluman, hanya satu perjalanan pergi dan balik ke Langkawi beroperasi di Terminal Kuala Kedah.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin