Categories: Trending

Pengasas Toys ‘R’ Us Meninggal Dunia

Nampaknya banyak detik sedih yang melanda Toys R Us sejak kebelakangan ini. Seminggu selepas syarikat mengumumkan penamatan operasinya di Amerika Syarikat, pengasas rangkaian permainan kedai permainan terkenal di seluruh dunia, Charles Lazarus meninggal dunia, hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 94 tahun dan berita tersebut telah disahkan oleh syarikat berkenaan.

Lazarus menubuhkan syarikat Toys ‘R’ Us pada 1957, dengan mewujudkan ‘pasar raya untuk permainan’ pertama di dunia.

Rangkaiannya kini berkembang ke lebih 1,600 kedai Toys ‘R’ Us and Babies ‘R’ Us di 38 negara di seluruh dunia.

Bagaimanapun, Lazarus dilaporkan meninggal dunia seminggu selepas pengumuman untuk menutup semua cawangannya di Amerika Syarikat (AS) berikutan masalah kewangan.

SGMS Faida