Video Muzik Di Matamu Sufian Suhaimi Buat Netizen Sebak!

Akhirnya muzik video Di Matamu daripada Sufian Suhaimi telahpun dilancarkan pada tarikh 23 Mac 2018 iaitu pada tarikh pernikahan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy. Bagimanapun, hubungan pertunangan itu terputus baru-baru ini atas alasan tiada jodoh antara mereka.

Namun, seperti yang dikatakan oleh penyanyi ini, beliau tidak akan mensia-siakan tarikh istimewa tersebut lantas melancarkan lagu terbarunya itu yang sekaligus berjaya mencuri perhatian peminat, followers mahupun haters beliau sendiri. Muzik video yang baru sahaja dilancarkan pada 23 Mac, pada jam 9 pagi tadi berjaya menjadi trending pada kedudukan nombor 11 dan telah mendapat 608,052 jumlah tontonan di Youtube.

Kalau dilihat, rata-rata netizen sebak dengan setiap bait-bait lagu yang ditulis oleh Sufian. Malah, peminat juga turut mengaitkan jalan cerita dalam muzik video tersebut mempunyai kaitan dengan perjalanan cinta antara beliau dan Elfira Loy.

Apapun, kami di xtra.com.my ingin mengucapkan tahniah kepada Sufian kerana, dapat menghasilkan karya yang baik dan diterima oleh peminat muzik tempatan walaupun diri beliau dilanda kontroversi hebat sejak akhir-akhir ini. Good Luck!

 

Salma Syahbuddin