Categories: TECHTech News

Cara Meninggalkan WhatsApp Group Tanpa Dikesan Ahli Group Lain

Hampir semua orang mempunyai WhatsApp Group. Isu “Left Group” sememangnya menjadi sesuatu masalah kerana berkemungkinan akan menyinggung perasaan ahli yang lain.

Namun, tahukah anda yang anda boleh meninggalkan WhatsApp Group (“Left Group”) tanpa meninggalkan kesan?

Berikut kami cadangkan satu penyelesaian untuk anda agar proses keluar daripada kumpulan WhatsApp berlaku secara senyap. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Masuk ke menu Setting

    

Pilih menu Account dan seterusnya Change Number

Ganti nombor telefon anda kepada nombor baru yang masih aktif, jangan risau, ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

Langkah 2

Seterusnya masuk ke menu Setting pada peranti dan pilih pengaturan Apps.

Kemudian tap pada menu Clear Data. Dengan ini anda akan terus keluar daripada semua “Group” Whatsapp yang ada.

Langkah 3

Tunggu dalam 40 minit, kemudian masuk kembali ke Aplikasi Whatsapp dan daftar menggunakan nombor telefon lama anda.

Selesai. Sekarang anda tidak perlu risau akan menyakitkan hati sesiapa apabila “Left Group” WhatsApp. Selamat mencuba!

 

Kredit: wiser.my

SGMS Putri