Categories: Trending

Pengeluaran i-Sinar Beri Impak Positif

Pengeluaran di bawah skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat memberi impak langsung yang positif kepada ekonomi sebenar.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan pembaharuan pasaran buruh adalah penting untuk memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik.

Malah, langkah pembaharuan dalam perlindungan sosial juga adalah penting terutamanya berkaitan insurans sosial dan skim persaraan swasta kerana ia dapat membantu mengukuhkan lagi faedah persaraan.

Kesan pengeluaran i-Sinar

Tambahnya lagi, pengeluaran i-Sinar kepada pasaran kewangan adalah untuk memastikan kestabilan ekonomi secara menyeluruh.

Selain itu, pengeluaran i-Sinar juga dapat  memberi wang tambahan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan mahupun yang TIDAK memerlukan bantuan.

“Satu perkara yang kami dapati pada tahun lepas apabila moratorium pinjaman menyeluruh diberikan kepada mereka yang memerlukan ataupun tidak. Dan kami melihat penyertaan runcit dalam pasaran saham kembali rancak pada tahun lepas dan trend ini berterusan sehingga 2021 dengan belian bersih dari peruncit berjumlah RM5 billion”

Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 5.94 juta pemohon untuk skim i-Sinar telah diluluskan.

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin