Categories: FeaturedTrending

Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Terima Dua Dos Vaksin

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa mana mana rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin suntikan COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah.

Malah, mereka turut dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara.
Justeru, individu yang menerima dua dos vaksin suntikan akan memiliki sijil pengesahan atau digital certificate yang membuktikan mereka boleh melakukan perjalanan rentas negeri.

“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini, tanpa halangan pihak berkuasa.

“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa suntikan vaksin adalah selamat dan dijamin dapat melindungi orang ramai.

Beliau berkata demikian sewaktu sesi wawancara Wawasan Kemakmuran Bersama, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”