Categories: FeaturedTrending

“Kepom Pun Dah Tak Lama Dalam Industri” – Elly Mazlein Bakal Bersara Dari Dunia Hiburan?

Rezeki pengacara dan pelakon, Elly Mazlein semakin bertambah semenjak kemunculannya dalam drama bersiri Kampung People mulai mendapat perhatian.

Menerusi Instagram rasminya, Elly memuat naik hantaran terbaru berkongsi mengenai rezeki anugerah Tuhan, malah dia juga menjelaskan dirinya bukan anak emas mana-mana stesen TV.

Bagaimanapun, Elly seakan akan memberi petanda bahawa dirinya bakal bersara daripada industri hiburan satu hari nanti kerana mahu memberi perhatian kepada keluarganya.

“Kepom pun dah tak lama dah dalam industri.. Kepom nak jaga famili dan cuba jadi insan yang lebih baik Insya-Allah,” katanya.

Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian daripada ramai rakan selebriti.

Dalam pada itu, khabar angin mengenai kehamilan keduanya semakin bertiup kencang namun sehingga kini, Elly masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”