Categories: FeaturedTrending

Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tidak Patuh SOP

Walaupun operasi bazar Ramadan pada tahun ini dibenarkan, namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertegas akan menutup mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Bagi waktu operasi pula, adalah antara jam 3 petang hingga 8 malam bagi bazar Ramadan, dan 10 pagi hingga 12 tengah malam bagi bazar Aidilfitri.

Bagi peniaga di bazar Ramadan, mereka hanya boleh menjual makanan dan minuman, manakala bazar Aidilfitri hanya dibenarkan menjual barangan kering.

MKN turut memberi syarat agar penganjur menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan susun atur, tanda jarak dan penunjuk arah serta menentukan kedudukan petak gerai yang memastikan kawalan peniaga dan pengunjung serta pematuhan SOP MKN.

Manakal PBT pula perlu menentukan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri, memantau pematuhan SOP MKN dan kesihatan makanan secara berterusan, serta menutup gerai atau bazar jika gagal patuhi SOP.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”