Trending By: Fatin Nurain April 11, 2022 @ 2:14pm

Pengguna Shopee Luah Rasa Kecewa Dengan Bantuan ePemula

Golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun kini boleh mendaftar E-Tunai ePemula sebanyak RM150 pada hari ini.

Bukan itu sahaja, pelajar sepenuh masa di institusi tinggi awam dan swasta juga boleh mendaftar.

Namun, berita gembira itu bertukar menjadi kecewa buat segelintir golongan belia, lebih-lebih lagi pengguna Shopee.

Menerusi ciapan yang dibuat di Twitter, rata-rata kurang berpuas hati kerana tidak boleh melakukan pembelian secara atas talian di platform tersebut.

“You can claim ePemula RM150 on Shopee BUT can only use it for offline spending,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Imagine living in pedalaman Sabah and you claimed your ePemula at ShopeePay,” tulis seorang netizen.

Selain itu, ada juga pengguna Twitter yang turut berkongsi cara penggunaan ePemula di Shopee.

Selain ShopeePay, golongan belia juga boleh menebus e-tunai sama ada di BigPay, GrabPay dan Touch ’n’ Go eWallet.

Penerima yang layak hanya boleh menebus sekali sahaja melalui salah satu platform.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, tetapi e-tunai tersebut perlu dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Feb 2021

“Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Takutnya, apapun semoga Andi Bernadee kembali sihat…

Featured Thu, 11 Aug 2022

Berpeluang Rasai Kemanisan Ibadah Dalam Lokap, Niezam Zaidi Ingin Lupa Detik Gelap – “Saya Reda.. Seribu Mengecam, Seribu Lagi…”

Niezam menyatakan kemanisan beribadah adalah saat paling indah sepanjang 29 tahun bernafas di muka bumi ini

Trending Sun, 31 Dec 2017

Cahaya Skrin Handphone Membahayakan Anak-anak

zaman serba canggih masing-masing mempunyai handphone termasuk anak-anak tetapi adakah anda tahu bahayanya?

Trending Wed, 3 Jun 2020

Pasar Malam Pertama Mula Beroperasi Jumaat Ini

Jangan lupa baca dulu lokasinya di mana..