Featured By: Salma Syahbuddin March 11, 2024 @ 4:26pm

“Saya Tak Tahu Limit Kesabaran Tu Sampai Bila”- Perkongsian Bella Astillah Kembali Tular, Netizen Titip Kata Semangat & Minta Move On Kes Suami Curang

Susulan isu kontroversi membabitkan kes khalwat suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz bersama rakan baiknya, Ruhainies tular, Bella Astillah bagaimanapun sehingga kini masih mengunci mulut mengenai hal tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok, tular semula video pendek memperlihatkan temu bual antara Bella Astillah atau lebih mesra dipanggil Bella bersama Amelia Henderson menerusi siri podcast popular miliknya, Studio Sembang.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit yang dikongsikan semula oleh peminat di platform berkenaan, Bella mengakui ramai orang menganggapnya kuat dan sabar menghadapi dugaan membabitkan rumah tangganya sebelum ini namun, dia juga berasa takut kerana tidak tahu tahap kesabarannya itu boleh bertahan sampai bila.

“Ramai orang cakap Bella kuat, sabar  apa semua…Tapi sebenarnya saya takut sangat, saya takut dia (sabar) ada limit nanti. Sebab saya tak tahu bila.

“Oang cakap hebatlah Bella ni, She’s a very strong women, dia sangat sabar Tapi saya tak tahu kesabaran saya tu sampai bila. Saya harap sangat saya tetap bersabar,” ulasnya.

Dalam pada itu, Bella berkongsi, dia juga pernah berasa ‘down’ terutamanya apabila memikirkan kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

“Sometimes kita ada masa yang kita tengah down. I ask myself am i a good mother? Kalau saya busy selalu macam mana dengan anak-anak saya? Tapi sebab saya nak cari rezeki, tapi saya kena korbankan masa pula… banyaklah yang bermain dekat fikiran saya sebenarnya.

“Sebenarnya saya selalu fikir benda ni… saya tak boleh nak please everyone. Saya tak ada pilihan, saya selalu bagi semangat dekat diri sendiri, orang semua ada hak bersuara jadi saya tak boleh nak marah. Ada yang suka begitu juga sebaliknya.

“Saya selalu cuba untuk jadi positif. Actually itu goal saya tapi hanya saya sahaja yang tahu. Jadi, as long as saya rasa benda tu dapat melindungi keluarga saya… saya akan fight for it,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat buat pelantun lagu Tetap Disini itu seklaigus berharap Bella kuat dan move on dari isu ‘curang’ suaminya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023

Mamat Got No Chill Dedah Pernah Kerja Bundle Sebelum Terkenal!

Umum mengetahui, pempengaruh Mamat Got No Chill atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat sering memuat naik video menarik sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian menerusi podcast 3 Tambah 1 yang dikendalikan […]

Trending Wed, 6 Oct 2021

Julung Kali Diadakan, Undian Anugerah Drama Sangat Kini Bermula!

TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember nanti! Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan kita. […]

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Munafik 2 Bakal Saingi Kutipan Hantu Kak Limah?

Pihak Skop Productions turut positif dalam jumlah kutipan memandangkan kutipan filem Hantu Kak Limah berjaya mencecah sehingga RM 32 juta.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Nama Semakin Dikenali Gara-Gara Aksi ‘Panas’, Siti Hariesa Lebih Teliti Baca Skrip Sebelum Berlakon

Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Siti Hariesa pun dah move on

Trending Hari Ini Sat, 6 Jun 2020

Kedai Gunting Rambut Dan Salun Boleh Mula Operasi Bermula 10 Jun!

Boleh la kemaskan diri semula bermula 10 Jun ini ye

Featured Mon, 22 May 2023

Kongsi Foto Berkemban, Individu Titip Komen Lucah Melampau? Ini Respons Padu Sharifah Sakinah!

Style masing-masing, kita doakan yang baik-baik je okay! ☘️

Hiburan Mon, 7 Aug 2023