Categories: Trending

Penghujung Rindu Versi Azmi Caliph Buskers Undang Sebak, Netizen Siap Nangis Lagi!

Sesuai dengan tagline nya “Lagu Lama Menyengat Kembali” maka, tidak hairanlah program nyanyian Immortal Song ini semakin mencuri perhatian terutamanya dikalangan peminat.

Mana taknya, nyanyian beserta gubahan lagu dari artis terkemuka tanah air ini nampaknya memberi impak yang begitu mendalam apabila nyanyian dari Azmi Caliph Buskers berjaya mengundang sebak dikalangan netizen mahupun juri.

Tidak pernah mengecewakan!

Rata-rata peminat menerusi ruangan komen instagram @TV3Malaysia memuji kemantapan vokal dan penghayatan yang diberikan oleh penyanyi ini menerusi lagu Penghujung Rindu nyanyian asal Jamal Abdillah.

Menyanyi dengan ikhlas

Kelunakan dan penghayatan yang ternyata menyentuh hati penonton ini turut mendapat pujian komposer terkenal tanah air, Fauzi Marzuki apabila beliau menyifatkan Azmi menyanyi dengan begitu ikhlas sekali.

Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya Azmi Caliph Buskers merupakan pemenang susunan lagu terbaik bagi episod ketiga, Immortal Song.

Bagi korang yang belum berkesempatan melihat nyanyian Azmi Caliph Buskers, dan peserta lain, korang bolehlah lihat video dibawah.

Dan, jangan lupa temujanji korang pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 untuk saksikan lebih banyak lagi lagu-lagu terbaik yang akan diberi nafas baru oleh penyanyi popular tanah air. So, stay tuned!

Salma Syahbuddin