Categories: Trending

Manis Berbaju Kurung Dan Berselendang, Penampilan Isteri Tengku Mahkota Kelantan Jadi Bualan Ramai

Walaupun sudah berusia 34 tahun namun persona yang dimiliki isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson masih memukau dan mencuri tumpuan ramai.

Walaupun baru menjadi sebahagian daripada kaum kerabat diraja namun ternyata pembawakan diri Che Puan Sofie dilihat begitu menyenangkan. Malah, wanita kelahiran Sweden itu sentiasa aktif berkongsi aktivi seharian di laman Instagram rasminya.

Handal memasak dan menjahit

Che Puan Sofie mempunyai minat mendalam terhadap masakan. Buktinya beliau sering berkongsi minat dan hobi memasak di laman Instagram rasminya

Antara air tangan beliau adalah Nasi Kaya Pulut, Cinnamon Roll, White Forest Mering Roulade dan sebagainya.

Merendah diri dan disenangi ramai

Walaupun berstatus sebagai Isteri Puteri Mahkota Kelantan, namun Che Puan Sofie dilihat bijak menyesuaikan diri dengan budaya melayu.

Beliau sentiasa tampil manis dan sopan berbaju kurung dan berselendang di setiap acara rasmi diraja.

Baru – baru ini beliau menerima kunjungan hormat Duta Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan. Che Puan Sofie tampil mempesona dengan mengenakan baju kurung moden melayu di samping suami tercinta.

Beliau juga dikhabarkan mendapat lulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi.

Semoga personaliti Che Puan Sofie dapat menjadi contoh buat wanita di luar sana.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”