Tahniah!
Sekumpulan saintis tempatan menghasilkan kit ujian pantas ‘rapid test kit’ yang pertama di dunia yang mempunyai ketepatan sama dengan ujian yang dilakukan di makmal.
Kumpulan saintis yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang merupakan rakyat Malaysia pertama melancarkan alat sensor deria agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) DAN memantau organisma tersebut di angkasa.
Selain itu, kumpulan saintis berkenaan turut tersenarai antara 15 finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) – MIT Solve Challenge.
Menurut Wan Wardatul Amani, kit ujian pantas tersebut mampu mengesan virus tersebut hanya dengan menggunakan air liur.
Tambahnya lagi, inovasi dihasilkannya mampu mengesan Covid-19 walaupun air liur individu terbabit tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.
“Inovasi ini bermula apabila saya dengan usaha sama Malaysian Relief Agency (MRA) membangunkan sensor untuk mengesan bakteria berbahaya digunakan ketika kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan pada 2014”
Ketua Pegawai Eksekutif nanoSkunkWorkX Sdn Bhd, Iqbal Shamsul berkata, pihaknya kini sedang mencari dana untuk memasarkan alat berkenaan, selain menyasarkan Malaysia sebagai hab inovasi terbabit.
” Kita berharap Malaysia mampu menjadi hab penghasilan alat ini kerana ia adalah hasil inovasi anak tempatan, selain sensor strip bagi alat ini boleh dijual pada harga kurang RM4, jika ia dipasarkan secara meluas nanti,”
Sementara itu, beliau berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi membentangkan inovasi berkenaan.
Terkini, Wan Wardatul Amani dan pasukannya kini menerajui sebuah penyelesaian dengan menghasilkan Hybrid Rapid Test Kit dengan elemen teknologi nano bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di mana-mana sahaja dengan mudah dan berkesan.
Dan, mereka memerlukan undian anda bagi memastikan kejayaannya dengan baki beberapa hari sahaja lagi.
Jadi, apa tunggu lagi? Bagi korang yang ingin mengundi bolehlah mendaftar di https://solve.mit.edu/challenges/health-security-pandemics/solutions.
Sumber : Penang Kini, Harian Metro
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅