Trending By: Aisyah Badrul July 9, 2020 @ 11:33am

Penuntut IPT Akan Kembali Ke Kampus Sepenuhnya Oktober Ini

Berita baik untuk pelajar IPT!

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kemasukan empat lagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini dan kemasukan sepenuhnya pada Oktober.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad mengumumkan perkara itu di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, kebenaran itu selepas mendapat persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa empat kategori itu termasuk 30 peratus pelajar tempatan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta.

“Pelajar tahun satu hingga empat IPTA dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan badan profesional.

“Pelajar tahun satu hingga empat IPTA yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian,” katanya pada sidang media khas Menteri Pengajian Tinggi berkenaan kemasukan pelajar IPT di sini hari ini.

Noraini berkata, kategori seterusnya adalah pelajar antarabangsa daripada IPTA dan IPTS termasuklah pelajar baharu.

Noraini berkata, prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan itu akan dikemas kini bergantung kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Mengenai masalah yang akan dihadapi pelajar seperti isu penginapan dan tiket penerbangan untuk kembali ke kampus, beliau berkata, pelajar boleh menghubungi bahagian hal ehwal pelajar di IPT masing-masing.

Beliau berkata, semua aktiviti sukan dan riadah di kampus dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 250 orang tertakluk kepada saiz ruang dan perlu mematuhi penjarakan sosial serta mengamalkan kebersihan diri.

Noraini berkata, bagi memastikan keputusan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, IPT dan para pelajar dimohon untuk membuat persediaan yang diperlukan mulai dari sekarang.

Beliau berkata, kementerian berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 23 May 2024
Featured Fri, 24 Mar 2023

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Hmm tula min pun harap Aaron dengan Syamsul dapat settle baik baik 💪🏻

Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Featured Sat, 11 Dec 2021
Featured Fri, 3 Sep 2021

Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]

Trending Thu, 13 Dec 2018