Featured By: Aqilah Paharuzi March 24, 2023 @ 4:20pm

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai isu antara pelakon Aaron Aziz dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof ekoran penguguran aktor berbadan sasa itu dalam filem The Original Gangster.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Digugurkan Dari Senarai Pelakon, Aaron Aziz Respons: “Saya Sedia Berdamai Dengan Syamsul Dengan Syarat…”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kau Jangan Petik Nama Pelakon Lain!” – Isu Nama Digugurkan, Aaron Aziz Tampil Jelas Perkara Sebenar

Meskipun tiada kena mengena dalam hal terbabit, namun pelakon Ammar Alfian tampil bersuara terhadap kemelut antara Aaron dan Syamsul

Sebagai rakan dalam industri, Ammar meluahkan rasa simpati terhadap Aaron yang bertungkus lumus berusaha menjayakan wataknya namun tidak dihargai.

“Kita mungkin tak rapat macam awak rapat dengan pelakon-pelakon lain. Tapi mendengar awak terpaksa bekerja keras dan training tetapi tak dapat kredit yang sewajarnya.

“Kalau perlukan apa-apa, boleh call saya. Insya-Allah. Saya akan cuba yang terbaik untuk membantu. Buktikan pada orang yang salah melalui tindakan dan dedikasi dalam lakonan.

“Umur hanya sebuah nombor. Boleh kurangkan lemak, but jangan hilang maruah,” pesannya.

Dalam masa yang sama, Ammar turut mengharap isu antara Syamsul dan Aaron dapat diselesaikan dengan baik seperti dua dewasa yang matang.

“Tak perlu gaduh-gaduh berbalas aib masing-masing. Industri ini kecik sangat. Pusing-pusing jumpa juga. Kita dah makin tua tak ada guna bermusuhan.

“Kita ni lelaki. Kita tak berkelakuan seperti wanita, penuh emosi. Saya tau saya tak ada kena mengena dalam hal ini. Tapi saya tahu dan pernah berjumpa dengan mereka. Tengok diorang gaduh macam ni sementara yang lain enjoy dengan drama ni buat saya rasa muak.

“Semoga mereka settle cara baik dan maju kehadapan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Mar 2020

Yuna dan Jlo bertemu dalam kempen ‘Originals Go Their Own Way’

Yuna satu-satunya bintang Asia yang dipilih

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Tahniah! Ruhainies Sudah Dilamar Mr E

Ruhainies langsung tidak menyangka kekasihnya itu melamar di lokasi berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan.

Trending Mon, 16 Jul 2018

Urgh Gatalnya! Ketahui Tentang Kutu Rambut

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Featured Thu, 7 Jul 2022
Featured Thu, 22 Sep 2022
Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Hot FM Big Jam 2019 Lebih Gempak, Lebih Hangat!

Hot FM Big Jam kembali lagi selepas 7 tahun!

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Wed, 22 Jun 2022

| Live TV