Trending By: Padin December 28, 2020 @ 5:39am

Penyanyi Rap Baru Abubakarxli Tampil Dengan Album EP Berjudul EXACXLI

Penyanyi rap Abubakarxli (Abu Bakar Ali) mungkin masih baru dalam industri hiburan tanah air, tetapi dalam arena hip-hop tempatan namanya kian menjadi sebutan.

Bagi generasi millennials yang dahagakan karya relevan lagi segar, Abubakarxli menjadi buah mulut dan diramal menjadi peneraju masa depan genre muzik popular ini.

Kemampuan luar biasa anak muda baru berumur 24 tahun ini disebut-sebut sebagai MVP (Most Valuable Player) penyanyi rap era baru, telah terbukti apabila hari ini tampil dengan rilisan bermutu terbaru, album E.P. berjudul EXACXLI terbitan Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia.

Mengandungi enam buah lagu yang cukup bertenaga, keseluruhan lagu dalam album E.P. ini adalah hasil buah tangan sulungnya bersama Def Jam.

Album E.P. EXACXLI merupakan sebuah naskah yang bakal menggegar dan mewarnai industri hiburan tanahair terutamanya peminat hip-hop sendiri.

Memiliki bakat serba boleh, kemampuan rapper yang berasal dari Ipoh, Perak ini mendapat kebebasan daripada syarikat rakamannya menerbitkan album E.P. sendiri dengan sentuhan komposer muda hebat Exactesy.

“Syukur Alhamdulillah, setelah hasil kerja keras, bersengkang mata dan memerah keringat dalam studio akhirnya, hari ini karya terbaru saya album E.P. EXACXLI berjaya diterbitkan untuk peminat-peminat hip-hop tanahair dan genre seumpama ini,” jelasnya.

Mengagumi hasil kerja komposer kreatif seperti Exactesy, komposer berbakat besar yang juga sahabatnya, Abubakarxli menyatakan dia tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan karya-karya hebat dalam album E.P. EXACXLI.

“Saya gembira dapat bergandingan dengan Exactesy, seorang komposer muda yang mempunyai banyak ilham-ilham bernas dan segar ketika menghasilkan karya. Exactesy  menepati keinginan saya untuk menerbitkan setiap lagu yang ada dalam EXACXLI mengikut jenis ritma dan irama bertepatan dalam konsep album E.P. ini,” tambahnya lagi.

Kesefahaman yang telah lama dibina secara tidak langsung memberi garapan hasil berkualiti dari segi audio, rentak irama, lirikal dan aspek-aspek lain menepati kehendaknya.

Album E.P. EXACXLI menampilkan enam buah lagu iaitu Balik Kampung, Terbang (featuring Airliftz & Zet Legacy), Ada Orang (featuring Sxph & Pele.L), Rehat,  Jangan Marah (featuring Touche & NOTAIZAT) dan Selesai (featuring Danye).

“Saya sudah bekerja keras untuk menghasilkan yang terbaik dalam setiap lagu-lagu dalam album E.P. ini, dan cukup seronok dapat menghasilkan karya bermutu seperti ini. Dengan harapan, saya mahu pendengar menilai sendiri dan dapat menerima EXACXLI dalam ruang hati mereka dan peminat muzik tanahair secara keseluruhannya,” jelasnya lagi menutup bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Oct 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Thu, 23 Feb 2023
Trending Wed, 13 Jan 2021
Featured Mon, 30 Jan 2023

Kenang Arwah Suami, BCL Syukur Dicintai Keluarga Mentua – “Kehilangan Ashraf Titik Terendah Dalam Hidup Saya…”

Saat bertemu dengan Ashraf membuatkan saya rasa jauh lebih tenang – BCL 😢 Sayu pula min rasa..