Hiburan By: Fatin Nurain April 10, 2023 @ 10:10am

Faizal Hussein Dedah Tolak Tawaran Iklan Raya Sebuah Jenama Terkemuka – “Bayarannya Lebih Rendah Dari….”

Pelakon Faizal Hussein mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran untuk menjayakan iklan raya bagi sebuah jenama terkemuka kerana bayarannya yang tidak berbaloi.

Menurut Faizal, dia tidak ‘demand’ namun, menganggap tawaran bagi menjayakan iklan raya dari jenama tempatan lebih berbaloi.

“Saya tolak tawaran dari buat video iklan jenama makanan bertaraf antarabangsa itu kerana bayaran yang ditawarkan lebih rendah dari jenama tempatan.

“Bagi saya cara itu tidak betul dan kita perlu mengajar mereka. Contohnya, jika jenama tempatan bayar saya sehari RM10,000, takkanlah jenama bertaraf antarabangsa itu bayar saya harga yang sama dan sepatutnya perlu lebih tinggi dari itu,”katanya.

Pendedahan itu telah dikongsikan oleh Faizal ketika ditemui di Majlis Viu Together Gather di Pavilion Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah membintangi filem Gila-Gila Remaja itu juga menyatakan dia banyak membuat iklan raya untuk platform media sosial sebelum Ramadan.

“Sebenarnya, trend ramai artis yang buat iklan raya di platform media sosial ini sudah bermula sejak beberapa tahun lalu.

“Apa yang penting, mesej yang hendak disampaikan menerusi iklan itu pada penonton seperti kasih sayang, bapa yang sudah lama tidak bertemu dengan anaknya dan sebagainya,” jelasnya.

Malah, Faizal juga sempat mengulas tentang iklan raya yang dijayakan bersama isterinya, Suhaila Sulaiman di gedung pakaian terkenal yang kembali tular di media sosial selepas dua tahun berlalu.

“Video itu sudah lama dan baru tular sekarang mungkin kerana orang tidak perasan sebelum ini.

“Mungkin ketika itu, ada banyak lagi video iklan yang paparkan tema subjek yang lebih menarik.

“Apapun, video iklan saya bersama isteri itu memang menghiburkan sebab itu ia tular sekarang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Selebriti Thu, 11 May 2023
Hiburan Sun, 18 Aug 2019

Wow…Tiket Konsert Exists Reunion Licin Habis!

Walaupun tiket konsert di Singapura sudah habis terjual, peminat dari negara itu masih boleh menonton persembahan Exist dengan membeli tiket konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September nanti.

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Betulkah Mengandung? Gurau jer…

Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan tetapi mengandung ke tidak…..

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Dituduh Playboy, Shahir Mahu Bersemuka Dengan Tukang Fitnah

Semoga pasangan ini dapat melalui onak ranjau ketik bercinta ni…kami di XTRA doakan agar pasangan ini cepat kahwin. Insya Allah…

Trending Thu, 14 Feb 2019

Suhaimi Saad is Now an Astronomer?!

Maybe we should stick to the facts…?