Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 25, 2022 @ 8:30pm

“Watak Hero Perlu Kacak, Sado & Muda” – A Aida Pentingkan Rupa Elok Untuk Drama Terbitannya

Penerbit Datuk A Aida memberitahu dia lebih mementingkan pelakon yang berwajah ‘elok’ untuk menerajui drama terbitannya.

Menurut A Aida, dia berkata industri kini memiliki ramai pelakon yang mempunyai rupa paras yang menarik namun bakat yang harus digilap.

“Dari dulu lagi saya memang menggunakan formula ini yang mana untuk watak hero perlu kacak, sado dan muda. Kalau dulu memang susah nak cari sampai kena tunggu jadual pelakon itu lapang. Apatah lagi kalau dia memang pelakon popular.

“Sekarang, saya tak perlu membuang masa tunggu mereka lagi. Sebab sudah ada ramai pelakon muda yang memiliki kriteria itu. Berikan mereka peluang. Tidak semua pelakon baharu itu berlakon tak bagus atau ‘kayu’. Tinggal lagi kita kena gilap bakat lakonan mereka.

“Di samping skrip yang bagus, saya akan memastikan pelakon mesti kacak dan jelita untuk menarik penonton dan juga dengan lagu tema yang kena dengan jalan cerita,” katanya.

Tambah A Aida, dia memberitahu jika watak hero yang ditawarkan itu hendaklah yang sedap mata memandang malah berharap semua pihak tidak mempertikaikan caranya ini.

“Macam drama terbaharu yang syarikat saya nak terbitkan, ada watak yang kita tak jumpa pelakon sesuai. Saya memang nak watak ini seorang lelaki ‘elok’. Jadi, pasukan saya membuat sesi uji bakat yang dikendalikan oleh pengarah, Riza Baharuddin. Bagi saya ini semua proses untuk mencari pelapis.

“Bukan bermakna saya tidak menawarkan kepada pelakon sedia ada. Macam selalu saya tekankan, ia bergantung kepada tuntutan watak. Kalau watak hero, perlulah yang sedap mata memandang dan penampilan menarik. Watak ‘second lead’ pun perlu seiring juga.

“Saya tidak mahu ada mana-mana pihak yang mempertikaikan cara saya ini. Sebab, bagi saya ini yang penonton kita mahukan selain jalan cerita yang menarik. Macam drama saya, boleh dikatakan pakej. Dari pengarah, skrip, jalan cerita dan pelakon, semuanya kita berikan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A Aida Production yang ditayangkan di TV3 mendapat perhatian apabila menampilkan pelakon kacak, Aniq Suhair dan aktres jelita, Siti Khadijah Halim sebagai teraju utama drama tersebut.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Video Hari Terakhir Mila Di Makkah Buat Netizen Sebak

Ustaz ada beritahu saya, kita mampu datang ke sini bukan sebab kita banyak duit tapi sebab Allah jemput kita datang…

Hiburan Wed, 10 Aug 2022
Featured Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023

Gelagat Didie Alias Usik Mak Jah Melatah Undang Tawa Warganet

Gelagat pelakon dan pelawak, Didie Alias menyakat pelakon veteran, Mak Jah meraih perhatian peminat. @mumydidiealias Hahaha lama tak menyakat Mak Jah,tetap sempoi,mumy simpan sini buat kenangan terindah.Sayang Mak Jah #sukasuka #hiburkanhati #stylocharity #lagenda #fyp #fypシ゚viral […]

Featured Mon, 17 Oct 2022

Jawab Isu ‘Tayang’ Badan, Fadlan Hazim Kini Lebih Peka Jaga Aurat – “Saya Cuma Nak Beri Motivasi…”

Pelakon Fadlan Hazim menjelaskan isu kontroversi melibatkan trend artis lelaki yang dikatakan sengaja menunjukkan bentuk badan kepada umum bukanlah perkara baru. Menurut Fadlan, 30, setiap benda yang dilakukan mempunyai niat dan tujuan tersendiri malah, niatnya […]

Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Raja Afiq Bukan Punca Bekas Teman Wanita Hamil

Katanya bukan dia ang menghamilkan wanita itu , bukan dia dan tidak mengambil tahu kerana tiada kaitan dengannya

error: Content is protected !!