Hiburan By: SGMS Putri January 16, 2018 @ 2:32pm

Betulkah Mengandung? Gurau jer…

Comel betul bila tengok pasangan Fattah dan Fazura di Instagram. Tersengih sorang-sorang juga la bila dok tengok gelagat dorang…Romantik habis!  Menariknya, Fazura atau lebih mesra dengan panggilan Faz memberitahu dirinya sedang mengidam! Wah, sesuatu ni!

Walaubagaimanapun, wanita cantik ini memaklumkan dia hanya bergurau mengatakan dirinya sedang mengidam ketika ditanya oleh seorang teman dalam sebuah video yang tersebar di Instagram.

“Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan. Dalam video itu dia tanya dan saya saja-saja gurau sebab masih dalam mood berbulan madu,” katanya.

Rakaman video tersebut telah dikongsi oleh salah seorang teman mereka ketika Faz dan Fattah Amin sedang berbulan madu di Kota London, United Kingdom.

Sementara itu, Fazura berkata dia dan suami bakal menjalani pemeriksaan bagi mengesahkan mengenai perkara tersebut. Malah, dia juga turut berjanji tidak berahsia dan akan berkongsi berita gembira itu jika benar sudah hamil.

“Sejujurnya, saya sendiri tak tahu lagi mengandung ke tak! Nanti kami akan pergi buat pemeriksaan. Kalau ada berita baik kami akan kongsi dan kalau belum ada, mungkin belum rezeki lagi. Buat masa ini doakan yang baik-baik ya,” kata pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini.

Rakaman yang dimuat naik oleh pemilik Instagram @divaletopsdotcom itu mendapat lebih 100,000 tontonan di laman tersebut. Fazura dan Fattah, 27, selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

100% Leader Seo Min Woo Passes Away at Age 33!

He is way too young to be gone 🙁

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

You’ll Definitely Want to Dance Along to this Quirky Music Video

Do you wanna dance with somebody? This band’s music video is the what you need to watch.

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

‘Tempat Ini Ajar Saya Erti Kehidupan’- Jamal Abdillah

Malam Amal Pengasih @cintamanis akan diadakan pada 17 November nanti di Hotel Istana.

#LaguXTRA Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

5 THINGS TO KNOW OF PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S ENGAGEMENT

Congratulations to the lovely royal couple.

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Kita Pulang Sama-Sama Sayang Ya. Tunggu Ya’, Ifan Seventeen Setia Menunggu Isteri

Hantaran ini membuatkan netizen sebak dengan kata-katanya yang tidak akan keluar dari kawasan Banten selagi tidak berjumpa isterinya.