Trending By: Khairil Khusyairi August 29, 2022 @ 1:55pm

Percutian Mewah Jadi Bualan, Nazim Othman Jawab Tuduhan Dibela VIP?

Nama pelakon, Nazim Othman sering menjadi bualan warganet lebih-lebih lagi tentang kehidupan peribadinya yang sering dilihat melancong ke destinasi percutian mewah di dalam mahupun luar negara.

Terbaharu, menerusi temu bual Melodi TV3, timbul pula dakwaan liar dalam kalangan warganet yang mendakwa Nazim sebenarnya ‘dibela’ oleh seorang individu kenamaan (VIP).

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Nazim atau nama penuhnya Nushrul Alif Othman, 38, mengakui sedar akan spekulasi yang memperkatakan tentang dirinya.

“Betullah benda tu tak betul. Saya tak terkejut pun seba benda ni dah lama sangat. Dah bertahun-tahun dah kira-kira enam atau tujuh tahun dulu dah ada orang cakap” ujarnya.

Namun kini, Nazim menganggap perkara tersebut hanya sekadar cakap-cakap yang berlalu pergi dan tidak mahu mengambil serius tentang itu.

Tambah Nazim, dia berkata namanya dalam industri hiburan tanah air bukanlah sekadar pelakon semata-mata, tetapi sebagai sebuah jenama.

“Tiada istilah dibela. Kalau ada pun, saya yang bela diri sendiri.

“Cakap pasal bercuti, kadang-kadang orang tengok lifestyle saya nampak macam mewah kat Instagram, itu adalah positioning.

“Nazim Othman bagi saya bukan sekadar pelakon tetapi ia sebuah jenama. 

“Saya pergi ke tempat mewah, semua itu urusan kerja bersama syarikat-syarikat yang menjalin kerjasama dengan saya,” jawabnya.

Menutup temu bual itu, Nazim memberitahu dia telah lama memaafkan individu yang menyebarkan dakwaan tidak berasas tersebut dan menganggap segala tuduhan itu sebagai asam garam kehidupan anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Bangga Dengan…” – Throwback Interview Lama, Nazim Othman Tak Terdesak Cari Perhatian Guna Foto Seksi

Sumber: YouTube TV3MALAYSIAOfficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022

“Putih & Idaman Para Gadis, Please Drop Your Armpit Routine!” – Amelia Henderson Dedah Terima Komen Pelik Mengenai Ketiak

Ni paling win! 🤣🤣 Ramai betul yang minta tips jaga ketiak daripada Amelia 🤣🤭 Ghisauuuu! 🤭

Selebriti Fri, 3 Nov 2023

“Arwah Suami Sangat Bertuah Kerana Masih Dapat Doa Ibu Setiap Hari” – Farah Ahmad

Doa saya setiap hari adalah untuk kekalkan kerinduan supaya saya sentiasa berdoa untuknya – Farah Ahmad

Trending Thu, 20 May 2021

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP PKPB

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan […]

Featured Thu, 28 Apr 2022
Trending Tue, 22 Feb 2022

Wah, Baby 22.02.22 Juga! Dapat Baby Boy, Jamal Abdillah Sambut Kelahiran Anak Kelima

Nampaknya tarikh 22.02.22 dimeriahkan dengan kelahiran anak selebriti tanah air! Selepas Kaka Azraff dan Syamel, penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 63, turut menyambut kelahiran anak kelimanya bersempena tarikh istimewa hari ini. Isteri Jamal, […]

Featured Tue, 19 Jul 2022

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

“Berkenalan sejak Mei lalu. Mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim..” – Timbalan Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi