Selebriti By: Atiqah Johari November 3, 2023 @ 6:55pm

“Arwah Suami Sangat Bertuah Kerana Masih Dapat Doa Ibu Setiap Hari” – Farah Ahmad

Pelakon Farah Ahmad yang juga menantu kepada pelakon hebat, Datuk Fauziah Nawi memaklumkan hubungan mereka bertambah mesra walaupun suaminya, Allahyarham Pitt Hanif telah kembali ke rahmatullah empat tahun lalu.

Katanya, ibu mentuanya itu menjadi seorang yng lebih penyayang terhadap anak-anaknya dan menzahirkan berasa bertuah kerana arwah suaminya masih mendapat doa daripada seorang ibu.

“Saya rasa pemergian anak sulung dia menaikkan dia lagi satu darjat sebagai seorang ibu dan saya sangat bertuah.

“Alhamdulillah, selalu orang kita kebiasaannya bila suami meninggal terputuslah hubungan antara mentua dan anak menantu tapi tidak berlaku kepada kami. Mungkin kami bekerjasama ada syarikat produksi. Jadi, dia lebih membuka kasih sayang itu.

“Dan ibu pun menjadi lebih penyayang dan dia jadi makin risau terutamanya kepada cucu-cucu. Pantang kalau orang cuit sikit, dia akan ‘serang’ dulu.

“Saya dengan ibu daripada dulu memang okay saja bercakap dan kini lagi okay. Macam Allah tambahkan lagi. Saya sangat bersyukur.

“Dan, saya rasa dia menggunakan tanggungjawab sebagai seorang ibu iaitu doa ibu. Dia sangat-sangat gunakan untuk anaknya setiap hari.

“Arwah suami saya anak yang sangat bertuah sebab dia meninggal dikala emaknya masih hidup. Masih dapat doa ibu. Setiap hari tau ibu tak pernah tinggal baca Yasin selepas solat Subuh untuk anak dia,” kongsi Farah.

Walaubagaimanapun, Farah menjelaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk kembali berumahtangga selepas pemergian suaminya itu.

“Dalam doa saya tak ada terlintas lagi soal jodoh. Doa saya setiap hari adalah untuk kekalkan kerinduan supaya saya sentiasa berdoa untuknya. Saya tak pernah fikir soal kahwin atau cari pengganti,” ujarnya lagi ketika ditemui di majlis tayangan gala filem La Luna pada Selasa.

Untuk makluman, Allahyarham Pitt Hanif dilaporkan lemas ketika sedang memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang pada 26 Oktober 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang puteri iaitu Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana.

Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Sebak Terkenang Pitt Hanif, Terkenang Kata-Kata Arwah

Artikel Berkaitan: “Pitt Anak Yang Baik…Takpa Pitt, Mama Reda” – Fauziah Nawi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

「歌坛玉女」尤雅《往事只能回味云顶演唱会》与您共度良宵

歌坛第一玉女——尤雅将于2018年11月17日(星期六)在云顶云星剧场开唱,为大马歌迷唱尽经典。

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Sun, 9 Jul 2023

Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Awww…. Tahniah Wany & Suami atas kelahiran anak sulung mereka🥰

Trending Mon, 22 Jul 2019

[UPDATE] BY9 Might Actually Debut!

Wait, what? So you’re telling me BY9 is will actually be true?!

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Haqiem Rusli Kini Dilabel Kurang Ajar Oleh Netizen

Semoga Haqiem Rusli lebih peka lepasni okay.

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Tue, 19 Nov 2019