Categories: Trending

Perdana Menteri Arah Bekalan Vaksin Ditambah Sehingga 70%

Penambahan bekalan vaksin sehingga 70 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah berdasarkan nasihat dan saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau juga telah mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, untuk berunding dan  mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 sehingga 60 hingga 70 peratus daripada jumlah populasi rakyat Malaysia.

PM arah vaksin tiba lebih awal

Terdahulu, Malaysia dilaporkan akan mendapatkan  12.8 juta dos vaksin daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi  rakyat negara ini.

Malah, Tan Sri Muhyiddin juga mengarahkan bekalan vaksin dihantar lebih awal iaitu pada Mac ini.

“Vaksin yang Malaysia beli dijangka sampai Mac ini,namun saya sudah minta ia dihantar lebih awal daripada itu demi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat”

Selain itu, KKM juga diarahkan untuk membuka lebih banyak hospital sementara sebagai persediaan pertambahan kes jangkitan.

“Ini semua sebagai persediaan berikutan Malaysia masih belum berjaya melandaikan lengkung kes jangkitan Covid-19 di negara ini” katanya.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin