Trending By: Yanie Baharom February 20, 2019 @ 11:00am

Pereka fesyen Karl Lagerfeld meninggal dunia!

Oleh: Fadzlena Jaafar

 

Jika anda peminat fesyen, pasti mengenali Karl Lagerfeld, pereka fesyen bintang yang sinonim dengan jenama rumah fesyen Chanel dan Fendi.

Pereka fesyen kelahiran Jerman itu meninggal dunia pada usia 85 tahun kerana masalah kesihatan di Paris, malam tadi.

Berita kematiannya mendapat liputan luas media antarabangsa, malah ramai selebriti terkemuka menyampaikan  ucapan takziah menerusi laman sosial masing-masing.

Foto: ABC News

Masalah kesihatan Lagerfeld mula diperkatakan apabila beliau tidak hadir dalam beberapa pertunjukan fesyen termasuk pertunjukan fesyen musim panas/bunga Chanel, Januari lalu.

Menurut media Perancis, mendiang dikejarkan ke hospital, malam Isnin dan disahkan meninggal dunia malam tadi (pagi Selasa waktu Paris).

Terkenal dengan rekaan adi busana dan elegan, Lagerfeld sering bekerjasama dengan supermodel terkenal dunia, malah rapat dengan beberapa nama besar dalam dunia fesyen termasuk peragawati yang digelar The Original Supermodel seperti Naomi Campbel, Cindy Crawford, Kate Moss, Christy Turlington dan Linda Evangelista.

Foto: Evening Standard

Beliau juga dikenali sebagai pereka fesyen yang membuka laluan bagi peragawati kulit hitam seperti Naomi dan Iman melangkah ke pentas peragaan bagi jenama rumah fesyen terkemuka dunia.

Pemergiannya adalah kehilangan besar bagi dunia fesyen!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Mar 2018

Stor HKL Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Alhamdulillah…Perkhidmatan di HKL tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Punca kebakaran serta kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib.

Trending Sat, 27 Mar 2021

Selamat Bernikah, Neelofa Sah Isteri PU Riz

Dengan sekali lafaz, usahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail, 26, atau PU Riz. Proses ijabkabul tersebut disempurnakan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor selaku wali di […]

Trending Tue, 6 Oct 2020
Trending Fri, 29 Jan 2021

Hafiz Hamidun Bakal Tampil Dengan Konsert ‘Virtual’ Marhaba

Tak sabar rasanya nak dengar album Marhaba

Featured Wed, 27 Jul 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022