Categories: Trending

Perlu Dapat Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri Selepas 10 Mei

Sejak akhir-akhir ini, berita buat mereka yang ingin merentasi negeri menjadi perhatian dan isu hangat dalam kalangan netizen.

Terbaru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai yang ingin merentas negeri selepas 10 Mei perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. Rentas negeri itu pula hanya untuk kes kecemasan seperti kematian dan sebagainya.

Terdahulu, kerajaan hanya memberi kebenaran perjalanan merentas negeri selama empat hari bermula 7 hingga 10 Mei, bagi mereka yang terkandas di kampung susulan pelaksanaan Perinntah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca artikel berkaitan: Rentas Negeri Di Kuala Lumpur Bermula Esok

Selepas 10 Mei, kena dapat kebenaran polis

“Selepas 10 Mei, kita akan kembali kepada prosedur standard operasi (SOP) yang sudah ditetapkan dan mereka perlu mendapatkan kebenaran pihak polis.

“Hanya kes kecemasan dibenarkan yang lain tidak boleh. Rentas negeri juga hanya membabitkan perjalanan sehala,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 70,538 kebenaran dikeluarkan membabitkan perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan.

“Esok sebanyak 54151 kebenaran dikeluarkan oleh polis membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

“Sementara, pada 10 Mei, sebanyak 77,836 kebenaran dikeluarkan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya.

Rancang perjalanan korang betul-betul dan semoga selemat tiba di destinasi. Ingatlah yang tersayang.

Untuk info lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”