Categories: Trending

[TERKINI] Wanita Pijak Anak Kucing Sampai Mati Kini Dalam Siasatan

Tindakan kejam sekumpulan wanita yang yang dilihat mendera seekor kucing sehingga mati kini mendapat perhatian pihak berkuasa apabila rakaman itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan akan menjalankan sisatan lanjut.

Sumber : Google

“Laporan polis pertama dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban

” Tempat kejadian dan suspek yang terbabit bagaimanapun masih belum dikenal pasti namun pihak polis masih menjalankan siasatan. Katanya.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan tiga orang wanita dilihat memijak seekor anak kucing sehingga mati dan tindakan mereka itu sekaligus mendapat kecaman hebat dari netizen dan Persatuan Haiwan Malaysia.

Salma Syahbuddin