Categories: FeaturedTrending

Pernah berhasrat derma buah pinggang pada bekas kekasih, Syifa sangkal dakwaan pisau cukur!

Kecoh dalam kalangan warganet semalam, apabila pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memuat naik beberapa posting di Instastory, yang meluahkan kekecewaan dengan kemerosotan prestasi pemain bola sepak berbakat besar Safawi Rasid (Pawi).

Menerusi posting berkenaan, TMJ turut mengaitkan nama Syifa Melvin sebagai punca permasalahan itu kerana telah memberi tekanan dan menggesa pemain kaki kidal itu untuk berkahwin segera.

Tidak cukup dengan itu, TMJ menyelar Syifa dan keluarganya ‘kemaruk cari laki kaya dari dulu’ atau erti kata lain keluarga pisau cukur.

 

Membidas kenyataan TMJ itu, pelakon drama #SisCuba ini, menafikan dirinya penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.

Malah Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, menjelaskan sepanjang mengenali Pawi dia  tidak pernah memberi tekanan kepada pemain kebangsaan itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” kata adik kepada Syatilla Melvin itu di laman story Instagramnya.

Bagaimanapun, melalui semakan kali kedua, pelakon berkenaan difahamkan sudah memadamkan entri berkenaan.

Luahan kecewa Syifa itu turut dipanjangkan menerusi status Whatsapp, menceritakan pengalaman cinta yang lalu bagi menyangkal dakwaan dirinya pisau cukur.

Foto: Whatsapp

“Tak faham mana datangnya isu pisau cukur. Main bola bukan tahan sampai 100 tahun, aku yang ajar dia buat bisnes sebagai ‘backup’, itu yang terhasilnya keropok lekor dan dalam proses nak keluarkan wax. Kalau aku pandang harta baik aku cari anak raja, buat apa pemain bola,” kata Syifa.

Tidak terhenti setakat itu saja, Syifa melanjutkan status keduanya berbunyi begini: 

Foto: Whatsapp

“Biar saya ceritakan  satu hal ini. Bekas teman lelaki saya adalah seorang pesakit buah pinggang tahap akhir, yang memerlukan buah pinggang baharu untuk pemindahan.  Saya hampir memberikan kepunyaan saya. 

“Soalan saya, jenis pisau cukur apakah saya ini?,” katanya. 

Hijab & Heels berharap Pawi dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku secara damai dengan pihak majikan juga kekasihnya. Kurang bijak apabila hal peribadi dikongsi dalam ruangan media, apatah lagi yang mempunyai unsur penghinaan dan berniat memalukan.

 

Yanie Baharom