Categories: Trending

Peruntukan Geran Khas Prihatin Disalurkan Mulai 30 November Ini

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, peruntukan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 meningkat kepada RM912 juta daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta. 

Beliau berkata hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima, lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 Nov, 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 27 Nov di portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.” 


Setiap permohonan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri telah disemak silang dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”