Trending By: Aisyah Badrul April 20, 2020 @ 1:20pm

“Photo Of The Day,”- Foto Frontliner Kongsi Rezeki Dengan Haiwan Jalanan Dipuji Orang Ramai

Tidak dinafikan, pandemik yang sedang menyerang dunia pada waktu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi berkaitan dengan perihal mencari mata pencarian.

Sebagai manusia, pasti timbul kebimbangan bagaimana hendak meneruskan kehidupan jika syarikat atau kedai terpaksa ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Lebih menyedihkan, sesetengah syarikat atau kedai telah memutuskan untuk mengurangkan gaji pekerja mereka.

Pelbagai bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu orang ramai mengharungi detik sukar ini. Namun bagaimana pula dengan haiwan? Haiwan jalanan pastinya akan terkesan dengan situasi ini kerana mereka sentiasa dibantu oleh individu yang prihatin memberikan makanan kepada mereka.

Jika semua orang diperintahkan untuk duduk di rumah pada waktu ini, bagaimana haiwan-haiwan jalanan ini mencari makanan mereka?

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook PDRM, terdapat beberapa foto yang memaparkan pegawai polis yang prihatin akan nasib haiwan jalanan walaupun mereka sedang sibuk bertugas.

#COVID-19PIC OF THE DAY: SIFAT BELAS KASIHAN SEBAHAGIAN IBADAH YANG DITUNTUTSifat belas kasihan adalah satu perasaan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Sunday, April 19, 2020

Pic Of The Day

Menerusi kapsyen yang ditulis, pihak PDRM menjelaskan bahawa sifat belas kasihan merupakan satu ibadah yang dituntut. Mereka juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua pegawai polis barisan hadapan yang prihatin dengan haiwan jalanan walaupun sedang sibuk menjalankan tanggungjawab.

“Sifat belas kasihan adalah satu perasaan halus dalam hati yang mendorong manusia melakukan kebaikan bukan sahaja sesama insan, malah makhluk ciptaanNya yang lain,”.

“Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pegawai dan anggota polis barisan hadapan ini, yang turut membantu memberi makanan kepada haiwan jalanan, meskipun sibuk menjalankan tugas menjaga keselamatan sepanjang hari,”

Sumber: Facebook PDRM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 May 2024
Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

Events Sat, 26 Nov 2022
Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022