Categories: Trending

PKPB : Orang Bujang Bakal Diberikan Kebenaran Pulang Ke Kampung

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar orang bujang bersabar dan menunggu pengumuman yang akan dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada Ahad ini.

Menurutnya, PM dijangka membuat pengumuman berkaitan kebenaran pulang ke kampung merentas negeri untuk orang bujang.

Sumber : Google

Untuk orang bujang yang nak merentas negeri, saya difahamkan Perdana Menteri akan umumkan sesuatu esok.

Bagaimanapun, beliau akan membuat pengumuman berkenaan jika perkara tersebut tidak dinyatakan oleh PM.

” Kalau PM tak sebut saya akan sebut, untuk orang bujang… bersabar hingga esok,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Sabtu.

Wah, apa-apa pun sabar okay! Sama-sama kita tunggu pengumuman daripada PM esok.

Salma Syahbuddin