Categories: Trending

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Selepas peningkatan mendadak sebanyak 423 kes Covid-19 yang dilaporkan semalam dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut disahkan positif wabak berkenaan, kini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengambil langkah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediaman beliau.

Perdana Menteri memaklumkan, langkah itu tidak mengganggu urusan pentadbiran kerajaan kerana beliau akan terus bekerja dari rumah termasuklah dalam mengendalikan mesyuarat-mesyuarat penting.

Jalani ujian pengesanan sejak 3 minggu lalu

Beliau juga berkata, sebagai langkah berjaga-jaga ujian saringan pengesanan Covid-19 turut dilakukan oleh beliau sejak April dan pada 22, 26 dan 29 September lalu dan keputusannya adalah negatif.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri menerusi kenyataan media yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Dr Zulkifli  kini jalani rawatan

Sumber : Google

Menjawab persoalan berhubung status terkini Dr Zulkifli, Perdana Menteri memberitahu, Menteri Hal Ehwal Agama itu kini sedang menjalani rawatan di hospital di Seremban, Negeri Sembilan sebaik sahaja disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

“Pada 3 September 2020 (Sabtu lalu), saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

HSO bagi individu yang dikenalpasti

Sumber : pmo.gov

Jelasnya lagi, individu yang dikenalpasti ketika mesyuarat MKN berlangsung akan diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari.

Manakala, ahli yang bukan kontak rapat dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan memantau status kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera. 

Sumber : Facebook Muhyiddin Yassin

Salma Syahbuddin